Urus bermaksud perhubungan untuk menyelesaikan masalah. Nasihat
adalah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesorkan kepada
seseorang dalam pelbagai hal. Murid adalah penuntut, orang atau anak yang sedang
belajar. Menurut James Stoner, pengurusan ialah suatu proses untuk merancang, mengorganisasikan,
memimpin dan menawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber
lain organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Menurut Zuraidah (1994)
pula, nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelesaikan masalah tanpa
memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kaedah ini merupakan satu cara yang
mudah untuk mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa dan menjelajah
masalah yang dihadapi. Falasafah telah mencatatkan bahawa setiap murid
mempunyai potensi yang digemblengkan secara optimum. Hal ini akan menerusi
pengurusan yang menyeluruh, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap,
berkesan dan beretika bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek JERI
iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.
Konsep pengurusan penasihatan murid terbahagi kepada tiga iaitu,
penasihatan, bimbingan dan mentoring. Daripada kamus dewan (1994), penasihatan
ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan atau
menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Menurut Othman Mohamed
(2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan
usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi
menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Bimbingan
juga merupakan sebahagian daripada program membantu individu untuk
menyelesaikan masalah dan ini bermaksud memberi bimbingan, tunjuk ajar dan
panduan untuk mengatasi masalah. Sebagai contoh apabila seseorang itu memberi
penerangan dan bantuan untuk mengubah sikap murid. Ini merupakan pendekatan
yang menggunakan kaedah lisan atau fizikal untuk membantu seseorang menetukan
matlamat merancang tindakan dan memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam
aspek-aspek tertentu. Mentoring merupakan mekanisme positif dan efektif untuk
memaksimumkan potensi individu. Mentoring adalah suatu proses alami dimana
seseorang yang lebih banyak mmiliki kemampuan dan pengalaman melayani sebagai
peran model, guru, pendorong dan teman kepada seseorang yang memiliki kemampuan
dan pengalaman yang masih sedikit. Konsep mentoring ini adalah berasaskan
bimbingan dan panduan kepada mentee khususnya dalam pertumbuhan kendiri untuk
menyediakan diri mereka agar menjadi individu bertanggungjawab, yakin dan
berdaya saing.
Terdapat 5 fasa dalam proses bimbingan dan penasihatan murid. Fasa
1 ialah kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Bagi fasa ini,
pihak pengurusan university atau institute terlebih dahulu perlu menerima
konsep ini. Namun demikian penekanan haruslah diberikan kepada guru yang
mengajar mata pelajaran program kerana mereka lebih rapat dan arif dengan
pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang mengajar subjek universiti. Mereka
perlu disedarkan tentang kepentingan perkhidmatan bimbingan dan penasihatan
sebagai pengelola dan sumber rujukan model ini. Fasa 2 ialah menguasai kemahiran-kemahiran
asas bimbingan dan penasihatan. Pada tahap ini, semua guru dibantu dan
diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui
kursus, seminar dan bengkel khas. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini boleh
dijalankan secara berperingkat dan merupakan asas menjadi guru pembimbing yang
berkesan. Fasa 3 ialah proses mengenali pelajar. Pada tahap ini, guru-guru
dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh mengenalpasti
pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan penasihatan. Di antara Teknik
atau kaedah yang boleh digunakan oleh pensyarah bimbingan untuk tujuan
mengumpul maklumat tentang pelajar yang menerima perkhidmatan bimbingan ini
ialah teknik ujian, temubual, soal selidik, teknik sosiometrik, teknik skala
pemeringkatan, teknik rekod peristiwa, teknik autobiografi dan rekod kesihatan.
Fasa 4 ialah proses membimbing pelajar. Fasa ini melibatkan proses membimbing
pelajar oleh guru pembimbing. Secara khususnya, pelajar akan dibimbing melalui
tiga cara iaitu menjalankan bimbingan secara kelompok dan juga konsultasi yang
melibatkan ibu bapa bersama. Fasa 5 ialah fasa analisis penilaian. Fasa ini
melibatkan keberkesanan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama ada
berkesan atau tidak berkesan. Hasil analisis ke atas pelajar dibahagikan kepada
dua kategori iaitu berjaya dibimbing atau tidak berjaya dibimbing.
Proses mentoring pula terbahagi kepada empat. Proses pertama ialah
menjalin hubungan. Perhubungan mentor-mantee adalah aspek penting yang perlu
dijalin semasa mentoring. Walaubagaimanapun langkah ini tidak boleh dilakukan
secara gopoh-gapah dan tidak pula boleh ditinggalkan. Berikan masa dan
tingkatkanlah usaha supaya terbina perhubungan yang dikehendaki. Mentor dan
mentee perlu menggunakan masa yang sesuai untuk mengenali satu sama lain supaya
mereka timbul rasa saling mempercayai.
Jika ini berlaku baik maka proses mentoring akan menjadi satu aktiviti
yang mudah dan bermakna. Proses kedua ialah merunding persetujuan atau
perjanjian. Mentor dan mantee sama-sama menjana persetujuan atau perjanjian
yang perlu dilaksana dan dipatuhi oleh mereka semasa sesi mentoring. Perjanjian
meliputi penyediaan jadual untuk sesi mentoring, mengenalpasti batasan serta
cara dan teknik mentoring. Wujudnya perjanjian bersama ini akan mengujudkan
perhubungan yang harmoni. Proses ketiga ialah perkembangan profesional mantee.
Ia merupakan langkah utama dan lama mentoring kerana ia melibatkan fungsi dan
peranan mentoring itu sendiri. Pada ketika ini, kedua-dua mentor dan mentee
perlulah menentukan matlamat mentoring, menjana senarai latih-tubi dan aktiviti
mentoring supaya matlamatnya tercapai.
Pada ketika juga, perlu ada usaha untuk mengwujudkan perhubungan yang harmoni
dan berterusan antara mereka. Proses terakhir ialah menamatkan perhubungan.
Proses mentoring berakhir apabila matlamatnya tercapai di mana ia
dinilai oleh mereka yang berkenaan. Perhubungan mentoring hendaklah berakhir
dengan tahap pencapaian positif iaitu satu transformasi berperingkat kepada
perhubungan yang kasual. Mentoring tidak sepatutnya berakhir tiba-tiba. Dalam
kes tertentu pula, perhubungan mentor-mantee akan berkembang kepada sesuatu
yang lebih kekal.
Prinsip penasihatan pula ialah tiap-tiap pelajar yang menghadapi
masalah harus diberi peluang perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, tanpa
mengira kaum, status sosial, latar belakang dan agama atau kepercayaannya. Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling ialah tanggungjawab bersama, iaitu kerjasama harus
wujud bukan sahaja di antara kaunselor dan pelajar yang memerlukan bimbingan,
tetapi juga di antara kaunselor dengan pihak sekolah termasuk rakan sejawat dan
ibu bapa yang berkenaan. Selain itu, perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
haruslah diuruskan mengikut prosedur dan peraturan atau tata cara yang
ditetapkan. Ia menjadi berkesan apabila dirancang secara sistematik dan teratur.
Kaunseling ialah interaksi di antara kaunselor dengan pelajar berdasarkan
perhubungan mesra dan kepercayaan. Bimbingan atau guidance ialah memberi
panduan atau nasihat kepada seseorang. Menurut Crow and Crow (1983), bimbingan
ialah bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid yang
berkenaan. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hanya boleh diuruskan oleh
kaunselor yang bertauliah atau guru bimbingan yang terlatih, iaitu orang yang
mahir serta berupaya membimbing klien dirinya menyelesaikan masalah akademik
ataupun masalah peribadi. Tindakan susulan hendaklah dirancangkan selepas
proses perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling agar memastikan masalah yang
dihadapi, sama ada akademik ataupun emosi-sosial, tidak akan timbul semula.
Kesimpulannya, bimbingan, penasihatan dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan. Langkah yang berbeza ini bertepatan kerana setiap individu mempunyai masalah konflik dan matlamat tersendiri. Cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid harus diwujudkan agar mereka menyedari kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang diri mereka. Hal ini kerana, langkah yang berbeza ini dapat membantu murid-murid untuk membantu diri mereka dan untuk memperkembangkan potensi mereka secara optimum dengan menggunakan peluang maksima yang dibekalkan oleh sesuatu persekitaran. Antaranya ialah dapat membantu murid-murid untuk memahami diri mereka sendiri. Ia juga membantu murid-murid dalam pengalaman mereka dengan benda-benda dan dunia di sekeliling mereka. Murid-murid juga mempunyai kepentingan kendiri dan social sekali gus membantu individu-individu untuk memperkembangkan kebolehan dan kekuatan mereka untuk mencapai efisensi kendiri dan sosial.
RUJUKAN
AinAthirah. (2018, November 28). Bab
9 : Pengurusan Penasihatan Murid. Retrieved from ryzincsnow.blogspot:
https://ryzincsnow.blogspot.com/2018/11/bab-9-pengurusan-penasihatan-murid.html
Mocha, H. (2020, July 18). PENGURUSAN
PENASIHATAN MURID. Retrieved from WordPress.com:
https://hasyamocha.wordpress.com/2020/07/18/pengurusan-penasihatan-murid/
REMIEFARIZF. (2018, December 28). Bab 10 :
Pengurusan Penasihatan Murid. Retrieved from WordPress.com: https://remiefarizf.wordpress.com/2018/12/28/bab-10-pengurusan-penasihatan-murid/
Unknown. (2018, November 13). PENGURUSAN
PEMBELAJARAN (KPS3014). Retrieved from aliahusnaaa.blogspot: https://aliahusnaaa.blogspot.com/2018/11/tajuk-10-pengurusan-penasihatan-murid.html#:~:text=Pengurusan%20penasihatan%20murid%20terdiri%20daripada%20tiga%20komponen%20utama,agr%20sesuatu%20matlamat%20tercapai%20oleh%20orang%20yang%20menerimanya.